Wednesday, December 16, 2009
Selamat menyambut Maal Hijrah
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting:
1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan
dalam Hijrah.
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih
dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada d dalamnya
selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya
dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Semoga tahun baru ini membawa keberkahan pada diri kita semua dan umat
Islam sedunia, Ameen.
…………………………………………………………………………………………………..
DOA AWAL TAHUN
Segala Puji Hanya Bagi Allah, Tuhan Yang Memelihara dan Mentadbir Sekalian Alam. Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Kami Nabi Muhammad SAW Serta Keluarga Baginda Dan Para Sahabatnya.
Ya Allah ! Engkaulah Yang Kekal Abadi Untuk Selama-Lamanya. Demi Kelebihan-Mu Yang Maha Agung Dan Kemurahan-Mu Yang Melimpah, Sesungguhnya Pada Tahun Baru Ini Aku Memohon Kepada Engkau Perlindungan Daripada Syaitan Yang Direjam. Dari Sekalian Konconya, Tenteranya Dan Penolongnya.
Aku Juga Memohon Perlindungan Daripada Nafsu Amarah Yang Sentiasa Mendorong Ke Arah Kejahatan Dan Melalaikan Dengan Perkara Yang Tidak Berfaedah Daripada Mendekatkan Diriku Kepada-Mu.
Selawat Serta Salam Ke Atas Junjungan Kami Nabi Muhammad SAW, Dan Ke Atas Keluarga Baginda Dan Para Sahabatnya. Segala Puji Hanya Bagi Allah, Tuhan Yang Memelihara Dan Mentadbir Sekalian Alam.. Amin..
Waktu Membacanya…..
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, †Telah amanlah
anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua orang malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitanâ€.
Selamat berhijrah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment