Sunday, October 4, 2009

Sambutan Hari Raya


Oh .... Raya datang lagi. Tahun nie amat bermakna juga bagi aku, berserdahana tapi meriah, yang aku tak dapat lupa jumpa kekawan lama masa aku kerja di Carsem semiconductor 1997 to 2000. Harap dapat lagi aku ketemu demgan rakan 2 aku yang lain....

Saturday, August 22, 2009

Puasa ( Syarat - syarat sah Puasa)


Apakah syarat-syarat sahnya puasa?

1. Islam; tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama.

2. Berakal; tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana puasa memerlukan niat dan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berakal sahaja.

3. Bebas dari haid dan nifas; tidak sah puasa orang yang kedatangan haid dan nifas, malah diharamkan mereka berdua berpuasa.

4. Puasa dilakukan pada hari-hari yang diharuskan berpuasa; hari-hari sepanjang tahun merupakan waktu yang harus berpuasa kecuali dua hari raya, hari-hari tasyrik dan hari syak.

Orang-orang yang tidak memiliki syarat-syarat di atas atau salah satu darinya, tidak sah puasanya.

Apa hukum puasa kanak-kanak?

Kanak-kanak apabila telah mumayyiz, sah lah puasanya tetapi belum wajib. Apabila sampai umurnya tujuh tahun, ibu-bapa atau penjaganya hendaklah melatihnya berpuasa –jika tiada sebarang halangan- sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda mengenai solat. Apabila ia mencecah usia baligh, wajib lah atasnya berpuasa.[1]

Nota kaki;

[1] Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); “Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat tatkala mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika enggan menunaikannya) tatkala mereka berumur 10 tahun. Pisahkanlah antara mereka (yakni antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan) pada tempat-tempat tidur mereka (ketika berumur 10 tahun itu)”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah Ibn ‘Amru r.a.)

Tuesday, August 18, 2009

Nitro Ne 150 Kesayangan


Nitro motosikal kegemaranku, ku beli dengan keringatku, macam esay riders, tapi CC je rendah. Apa aku nak buat sekadar berulang alik ke tempat kerja dan sebagai peneman di kala kesunyian di jalan raya.... padaku moto nie tak bagi banyak masalah kepada ku, paling laju yang aku berani bawa adalah 120 kmh.



Pernah ke kawan - kawan akan duit satu sen kertas, kawan teman punya duit nie , untuk tatapan

Monday, April 27, 2009

Program Berkonvoi



Program berkonvoi ke Perkhemahan jatidiri bangsa peringkat dearah Perak Tengah, Pada 24-04-2009 hingga 26-04-2009.

Menarik dan tertarik dengan telatah adik-adir seramai 25 orang ketika berkonvoi bersama dan berbanyak terima kasih kepada penganjur Pejabat belia Perak Tengah

Tuesday, April 21, 2009

Suzuki Fxr 150


Kepada sesiapa yang mempunyai hobi yang sama macam gua, menyimpan moto-moto antik dan pelik. Seperti dalam gambar moto Fxr 150 gua nie dah sampai Cemeran last month. gua ingat sesiapa yang mempunyai hobi yang sama boleh le email gua at Hazizul.mdisa@kurz.com.my

Sunday, March 22, 2009



Ke Kawan aku walaupun nampak lembut, tetapi sebenarnya lasak...... juara tu paintball..... nak meh la lawan di KPM seri Iskandar 11-12 April 2009

Tuesday, January 6, 2009








































Name :
Web URL :
Message :







Friday, December 26, 2008

Broken English

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut.

Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya....:Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste.(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:Boss : Why didn't you come to work?

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)